Garnier Micellar Cleansing Water Review
Assalamualaikum wbt, harini nak tulis review pasal garnier micellar cleansing water. Apa itu micellar water?Apa fungsi micellar cleansing water?Waktu bila perlu pakai ? Jenis kulit yang macam mana yang sesuai untuk cleansing ini?
So, let's we start it! Micellar water adalah soft water yang mengandungi partikel-partikel kecil iaitu "micelles" dalamnya. " micelles" ialah molekul pembersih yang aktif yang menarik kotoran dan minyak seperti magnet. "micelles" membuatkan air berfungsi sebagai pembersih, pelembap, dan penghilang solek semuanya dalam satu.Sebilangan micellar cleansing water tak memerlukan bilas selepas digunakan.
Micellar cleansing water ini bagus orang yang mempunyai kulit yang sensitif dan kulit kering.Maka daripada sini ia sesuai untuk semua jenis kulit. Micellar cleansing water ini efektif menghilangkan make-up, membersihkan kotoran serta minyak, tidak membuatkan pori-pori tersumbat, dan meningkatkan hidrasi kulit semuanya dalam satu langkah sahaja!
Cara penggunaan nya ialah sapukan pada muka ,mata dan bibir dengan menggunakan kapas tanpa menggosoknya.Micellar cleansing water dipakai bile nak tanggalkan make-up, sebelum cuci muka guna cleansing atau oil cleansing selepas balik keje sebab environment yang terdedah pada debu lagi-lagi kat Malaysia ni haa panas dan lembap cuaca atau x kisah keluar mana-mana pun janji dh balik rumah tu haa rajin skit bersih guna micellar cleansing water ni dulu.
Kita masuk review la yee.Saya x lah peminat setia kepada jenama Garnier tapi bile nak cari micellar cleansing water ni , saya nampak ramai recommend Garnier Micellar Cleansing Water ,jadi alang tu saya beli la dh singgah kat Aeon .Saya pakai sekarang ini Micellar cleansig water blue ia untuk oily,acne-prone skin sebab kulit saya sekarang ni muka saya ada acne.Jadi saya pilih yang warna biru ,kalau warna pink pula sesuai untuk sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.Korang boleh pilih mana-mana yang sesuai untuk jenis kulit korang.
Harga untuk sebotol ni dalam RM 14.90 (kat watson) untuk 125 ml. Jadi isipadu untuk 125ml hanya untuk 60 kali pakai (yang tertera pada botol tu). Micellar water ini tak perlu bilas pun so senang hanya sapu guna kapas je.Tekstur ringan sebab air yang diperkaya dengan micelles.Takde fragance ,jadi sesuai untuk kulit berjerawat ini. Kalau saya, jenis yang x pakai make-up cuma pakai lipbalm sahaja,lepas keluar mana- mana tu saya pakai micellar water ni and tengok kat kapas tu seriusss banyak kotoran and minyak keluar ,so boleh nampak kesan tu . Effect pakai tu,kulit jadi bersih and tak berminyak lepas tu bau mula-mula iye macam alcohol but lps tu xde la bau sbb bahan dalam tu alcohol ,jadi don't worry gaiss.
Kesimpulannya,saya suka dengan produk ini and tinggal separuh dah ,abih ni nak beli baru huhu.Berpuas hati pakai Garnier Micellar Cleansing Water.Saya recommend untuk korang beli and cuba produk ini rugi tak cuba 😉.
Sekiann daripada beemo 💗
Comments
Post a Comment